Selasa, 7 Februari 2017

Teori Takmilah

Buku Teori Takmilah: Perluasan & Penafsiran merupakan sebuah antologi esei yang menerapkan Teori Takmilah dalam pelbagai genre kesusasteraan.

Buku yang diterbitkan pada tahun 2014 ini telah diselenggarakan oleh Abdul Halim Ali dan diterbitkan oleh Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Buku setebal 262 halaman ini disempurnakan oleh 12 orang penulis yang menerapkan kajian dalam bidang kepakaran masing-masing.

Sebuah esei kritikan Nassury Ibrahim dimuatkan di halaman 131 - 149, berjudul "Pemikiran Takmilah dalam Sajak-Sajak Kumpulan 'Ayn Karya Kemala."


2 ulasan:

  1. Maaf tuan, di manakah boleh didapati artikel atau buku asal tentang teori takmilah?

    BalasPadam
  2. Bagaimana untuk membeli buku tersebut ?

    BalasPadam