Selasa, 26 Jun 2012

DARI JENDELA ZAMAN INI

DARI JENDELA ZAMAN INI (FROM THE WINDOW OF THIS EPOCH) merupakan sebuah antologi sajak yang dihasilkan oleh 73 orang penyair dari Malaysia dan Singapura. Antologi ini diselenggara dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (nama lama ITBM) dan National Arts Council Singapore pada tahun 2010. Terdapat dua buah sajak Nassury Ibrahim terpilih dimuatkan dalam antologi ini, iaitu 'Tanah Ini Merinduimu' (This Land Longs for You) di halaman 233/234 dan 'Tugu Suara' (The Monument of Voice) di halaman 236/237.

TANAH PENUH IHSAN

TANAH PENUH IHSAN ialah antologi pemenang Sayembara Menulis Puisi Selangor Darul Ehsan tahun 2001. Antologi ini diterbitkan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor pada tahun 2003. Terdapat tujuh orang pemenang telah diisytiharkan, iaitu Ghazali Lateh melalui kumpulan sajak 'Tanah Penuh Ihsan,' Abdullah AM (Seorang Bintang @ Gedung), A. Ghani Abdullah (Supermokh), Nassury Ibrahim (Fragmen Selangor), Arbak Othman (Wajah Kemerdekaan), Aminhad (Kebenaran Kata), dan Md. Sharif Md. Salleh (Menara Biru). Terdapat 30 buah sajak Nassury Ibrahim dalam kumpulan Fragmen Selangor, iaitu di halaman 149 - 183. Semua judul sajak-sajaknya bermula 'Selangor Abad .... ' dan terdapat daftar kata. 

Khamis, 14 Jun 2012

PARADIGMA JILID 1

PARADIGMA Jilid 1 - 2003 ialah sebuah jurnal Jabatan Penyelidikan & Pembangunan, Maktab Perguruan Tuanku Bainun (kini IPGK Tuanku Bainun), Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Terdapat enam buah penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh para pensyarah telah dimuatkan dalam penerbitan ini. Salah satunya artikel berjudul 'Konsep Kejadian Alam dan Manusia Berdasarkan Kosmologi Melayu' telah dihasilkan oleh Maniyamin Bin Haji Ibrahim (Nassury Ibrahim) dan dimuatkan di halaman 45 - 53.

SELAGI OMBAK MENGEJAR PANTAI 7

SELAGI OMBAK MENGEJAR PANTAI 7 ialah antologi sajak yang diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (Kemudi) pada tahun 1991. Antologi ini diselenggarakan oleh penyair terkenal Selangor, Sabar Bohari. Terdapat 45 orang penyair telah menyumbangkan sajak-sajak mereka. Antaranya ialah Nassury Ibrahim, yang menyumbangkan dua buah sajak. Pertama, sajak berjudul 'Pantai' dimuatkan di halaman  51, dan kedua sajak berjudul 'Memorabilia 1' dimuatkan di halaman 52.

PUTERA GUNUNG TAHAN

PUTERA GURU TAHAN: Analisis Komprehensif Komponen Wajib Kesusasteraan Melayu ini telah ditulis oleh Maniyamin Ibrahim (Nassury Ibrahim) dan diterbitkan oleh Karisma Publications Sdn. Bhd, pada tahun 2002. Buku ini untuk kegunaan pelajar tingkatan lima.