Sabtu, 8 Oktober 2011

SESEKALI MUSIM BERLALU

SESEKALI MUSIM BERLALU merupakan antologi sajak terbitan  Angkatan Sasterawan Muda (Asasmu), Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI - kini UPSI), Tanjong Malim, pada tahun 1988 dan diterbitkan secara stesilan. Asasmu diasaskan oleh SN Datuk Shahnon Ahmad. Pada masa ini, saya (Maniyamin Ibrahim) menjadi Pengerusi Asasmu.Sesekali Musim Berlalu merupakan antologi pertama diselenggarakan oleh Maniyamin Ibrahim (Nassury Ibrahim). Pemilihan judul antologi ini dibantu oleh Nawawee Mohamad, manakala cara penerbitannya dibantu oleh Nafie Mat. Sesekali Musim Berlalu memuatkan 31 buah sajak oleh ahli Asasmu dan Pensyarah Penasihat Asasmu (Alkarib Shah) dan tujuh penyair jemputan. Mereka ialah J.M. Aziz, Lee Cheong Beng, Sabariah Nor Salleh, Suhaimi Mohd Salleh, Marzuki Ali, Atondra, dan Adi Nasri Haryani. Sajak Nassury Ibrahim berjudul 'Sebelum Masamu Tamat' terdapat di halaman 17, dan sajak 'Di Sini Aku Menulis Puisi' di halaman 18.

Rabu, 5 Oktober 2011

FRAGMEN

FRAGMEN ialah antologi terbitan Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun. Antologi ini diselenggarakan oleh Awang Abdullah dan diterbitkan pada tahun 1989. Sebagaimana biasa, antologi ini juga terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian i - memuatkan sajak-sajak pemenang Peraduan Menulis Puisi Gapri, Bahagian ii memuatkan sajak-sajak ahli Gapri lama dan baharu, dan Bahagian iii memuatkan sajak-sajak penyair jemputan. Selain sajak, antologi ini juga dihiasi sketsa oleh Awang Abdullah. Sajak Nassury Ibrahim berjudul 'Pendekar' terdapat di halaman 17.

KEHADIRAN

KEHADIRAN ialah antologi terbitan Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun. Antologi ini diselenggarakan oleh Awang Abdullah dan diterbitkan pada tahun 1988. Sebagaimana biasa, antologi ini juga terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian i - memuatkan sajak-sajak pemenang Peraduan Menulis Puisi Gapri, Bahagian ii memuatkan sajak-sajak ahli Gapri lama dan baharu, dan Bahagian iii memuatkan sajak-sajak penyair jemputan. Selain sajak, antologi ini juga turut memuatkan gambar-gambar aktiviti Gapri sepanjang tahun 1987 dan 1988. Sajak Nassury Ibrahim berjudul 'Ini SITC - ii' terdapat di halaman 14.

DALAM DIRI

DALAM DIRI ialah antologi terbitan Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun. Antologi ini diterbitkan sempena Perayaan Ulang Tahun Gapri Ke-5, pada 22 Jun 1987 dan diselenggarakan oleh Awang Abdullah. Sebagaimana biasa, antologi ini juga terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian i - memuatkan sajak-sajak pemenang Peraduan Menulis Puisi Gapri, Bahagian ii memuatkan sajak-sajak ahli Gapri lama dan baharu, dan Bahagian iii memuatkan sajak-sajak penyair jemputan. Selain sajak, antologi ini juga dihiasi sketsa oleh Awang Abdullah. Sajak Nassury Ibrahim berjudul 'Sajak Buat Dia di Bangku Itu' terdapat di halaman 20.

SELAMAT PAGI CIKGU

SELAMAT PAGI CIKGU ialah antologi sajak yang diterbitkan oleh Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun. Antologi ini telah diselenggarakan oleh Awang Abdullah dan dicetak pada tahun 1986. Antologi ini dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama - memuatkan sajak-sajak pemenang Peraduan Menulis Puisi Gapri iii (1986), Bahagian ii memuatkan sajak-sajak ahli Gapri lama dan baharu, manakala Bahagian iii memuatkan sajak-sajak penyair jemputan. Sajak Nassury Ibrahim dimuatkan dalam Bahagian ii, berjudul 'Orang Selalu Berkata' di halaman 21.

POTRET BANGSA

POTRET BANGSA ialah kumpulan sajak ke-3 terbitan Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun. Antologi ini telah diselenggarakan oleh Awang Abdullah, dan dicetak pada tahun 1985. Antologi sajak ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, memuatkan sajak-sajak yang memenangi Peraduan Menulis Puisi Gapri ii seramai lapan orang. Antaranya, sajak dihasilkan oleh Tuan Faridah Syed Abdullah (pengarang novel Seteguh Karang). Sajak Nassury Ibrahim yang dimuatkan dalam antologi ini ialah berjudul 'Maaf' terdapat di bahagian kedua dan di halaman 27. 

KUALA - ii


KUALA - ii ialah antologi sajak terbitan Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun. Antologi cetakan tahun 1984 ini diselenggarakan oleh Awang Abdullah, memuatkan 32 buah sajak yang dihasilkan oleh 28 orang penyair Gapri, dan 24 buah sajak yang dihasilkan oleh 24 orang penyair jemputan. Antara penyair jemputan ialah Lim Swee Tin, Lee Keok Chih, Izanee Daud, Azmi Taib, Napie Mat, Teo Huat, Swanlerd Pro Poul, Ismail Abd. Wahab dan lain-lain. Sebuah sajak Nassury Ibrahim berjudul 'Pengembaraan - i' dimuatkan di halaman 14.

KUALA 1983

KUALA 1983 merupakan sebuah antologi sajak ahli Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), SMK Tengku Intan Zaharah. Gapri diasas dan dipimpin oleh Awang Abdullah. Antologi 1983 merupakan antologi pertama terbitan Gapri, diselenggarakan oleh Awang Abdullah, dan diterbitkan secara stensilan. Dimuatkan juga nama-nama pengasas Gapri. Saya, Maniyamin Ibrahim (Nassury Ibrahim) merupakan AJK, sekali gus mewakili kelas 6A3. Terdapat 22 orang penyair Gapri dan 11 orang penyair jemputan. Antara nama-nama penyair Gapri yang berjaya ialah Noridah Awang, Raihanah Salleh, dan Rozaman Ismail, manakala penyair jemputan, antaranya, Asmuin Mustapa, Hamiza s.b, Ismail Abd. Wahab, Lee Cheong Beng, Margasatya, Napie Mat, Zawiyah Che Pa, Ujid Dharmawan. Sajak Nassury Ibrahim berjudul 'Ke Rumah Puisiku' terdapat di halaman 11.

SASTERA DAN MANUSIA

SASTERA DAN MANUSIA ialah sebuah antologi kritikan karya kesusasteraan yang pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, tahun 2011 ini memuatkan kritikan pemenang HSPM dari sesi 1996 - 1997 hingga 2004 - 2005. Sebuah kritikan Nassury Ibrahim bertajuk 'Sinisme Sajak-Sajak Baha Zain' dimuatkan di halaman 655 - 665. Kritikan tersebut memenangi HSPM tahun 2004 - 2005. Akibat edit berlebihan, saya merasai artikel itu seakan bukan kepunyaan saya lagi.

MAJAPAHIT MENYERANG SINGAPURA

BUKU cerita untuk bacaan kanak-kanak yang diusahakan oleh Nassury Ibrahim, Majapahit Menyerang Singapura, adalah diadaptasi daripada cerita yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu. Buku ini diterbitkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Cerdik Publications Sdn. Bhd. dicetak pada tahun 2008. Malangnya, terdapat nama editor, Roslan Baki, menyamar sebagai pengarang buku ini.




TRUTH GLOBALIZE

TRUTH GLOBALIZE memuatkan karya berbentuk cerpen dan sajak yang ditulis oleh sasterawan dari negara Thailand dan Malaysia. Karyanya diterjemahan dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Thai, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sebuah sajak Nassury Ibrahim bertajuk 'Where Have You Carried?' dimuatkan di halaman 583. 

Selasa, 4 Oktober 2011

PUISI NOMBOR 9

JURNAL PUISI NOMBOR 9 - keluaran September 2002 merupakan sebuah jurnal yang memuatkan karya berbentuk puisi dan kritikan puisi. Jurnal ini diterbitkan oleh Yayasan Puisi dengan kerjasama Yayasan Indonesia Tera dan Yayasan Bentang Budaya, Indonesia, diketuai oleh Sapardi Djoko Damono. Empat buah sajak Nassury Ibrahim dimuatkan dalam jurnal ini, iaitu 'Sajak dari Rumah Dusta' di halaman 30, 'Masyarakat Kitul' (31), 'Kepala' (32), dan 'Perang' (33). 

IDEALISME PENULIS MUDA

IDEALISME PENULIS MUDA ialah koleksi esei para penulis muda yang diterbitkan sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005 di Pontian, Johor. Antologi ini diselenggarakan oleh Mohammad Saleeh Rahamad, dan Luqman Hakim diterbitkan oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan diberikan kata pengantar oleh Baha Zain. Terdapat 28 buah esei dimuatkan. Salah satunya ditulis oleh Nassury Ibrahim berjudul 'Menyusur Gerakan Penulis Muda' terdapat di halaman 111 - 123.


CITRA TAKMILAH



Buku Nassury Ibrahim terbitan Karisma Publications tahun 2005 ini mengemukakan satu pendekatan alternatif yang dinamakan Pendekatan Citra Takmilah (untuk melihat aspek keislaman sesebuah karya) atau Pendekatan Citra Manusia. Pendekatan Citra Takmilah adalah hasil gabungan idea tentang citra dengan Teori Takmilah yang dikemukakan oleh Shafie Abu Bakar. Ada lima aspek citra manusia yang saya sarankan sebagai bahan kajian, iaitu aspek citra manusia dengan Tuhan, citra manusia dengan manusia, citra manusia dengan alam, citra manusia dengan dirinya sendiri, dan citra manusia dengan seni sastera.

ANTOLOGI KARYA SASTERAWAN 2005

SEMPENA Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005 di Pontian, Johor, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah menerbitkan sebuah antologi karya penulis muda yang dinamakan Antologi Karya Sasterawan 2005. Antologi ini diselenggarakan oleh S.M. Zakir, Shamsudin Othman, Ariff Mohamad, dan Muhammad Lufti Ishak, memuatkan cerpen, sajak dan fragmen novel. Terdapat tujuh buah sajak karya Nassury Ibrahim dimuatkan, iaitu sajak 'Tangan' di halaman 577, 'Tangan 1' (578), 'Maka Berkatalah Orang akan Laku Datuk Temenggung Itu' (578 - 579), 'Lelaki di Rumah Ratu Adil' (579 - 580, 'Kepala' (580 - 581), 'Kepala 2' (581), dan 'Kepala 3' (582). 

CERITAKU (MY STORY)

CERITAKU atau MY Story merupakan sebuah buku yang memuatkan pengalaman benar guru-guru dan pensyarah, setelah mereka memulakan perkhidmatan. Pengalamannya disampaikan secara santai atau semi fiksyen dan sesuai menjadi renungan bakal-bakal guru. Saya, maniyamin Ibrahim, terlibat sebagai editor dan pengumpul. Buku terbitan Maktab Perguruan Tuanku Bainun (kini IPGKTB) tahun 2004, memuatkan juga sebuah kisah benar Maniyamin Ibrahim (Nassury Ibrahim) bertajuk 'Bersyair' di halaman 144 - 149.

P - S (19)

P - S (19) merupakan bahan penerbitan secara kecil-kecilan dengan tagline "Wadah interaksi generasi baru sastera." Penerbitan ini diusahakan oleh Marsli N.O. dan diterbitkan oleh Bengkel Teater Kuantan. Dalamnya terdapat tulisan berbentuk esei, cerpen, sajak, berita dan catatan (anekdot). Dalam P - S keluaran siri ke-19 terdapat sebuah sajak Nassury Ibrahim yang bertajuk 'Mencari Wasilah' di halaman 24.


CERMIN

CERMIN merupakan kumpulan sajak perseorangan pertama Nassury Ibrahim. Buku ini diterbitkan oleh Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri) tahun 1987 secara stesilan.  Terdapat 27 buah sajak dengan pelbagai tema. Sketsa kulit telah dihasilkan oleh Awang Abdullah, Guru Penasihat dan pengasas Gapri pada 22 Jun 1983.


SHAHAROM HUSAIN GAPURA SASTERA JOHOR

BUKU bertajuk Shaharom Husain Gapura Sastera Johor memuatkan esei kritikan yang membicarakan sumbangan sasterawan Shaharom Husain dan karyanya. Antologi setebal 903 halaman ini diselenggarakan oleh Talib Samat dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor. Cetakan pertama tahun 2003. Sebuah esei kritikan oleh Nassury Ibrahim bertajuk 'Shaharom Husain dan Pengkisahan 'Bendahara Tepok' : Satu Kajian dari Aspek Citra Diri' telah dipilih dan dimuatkan di halaman 589 - 603.

WIRA KEMERDEKAAN

ANTOLOGI CERPEN REMAJA bertajuk Wira Kemerdekaan diselenggarakan oleh Talib Samat, dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1993. Terdapat 35 buah cerpen yang digarap oleh 19 orang pengarang dari generasi lama dan baharu. Dua buah cerpen Nassury Ibrahim terpilih dimuatkan dalam buku ini, iaitu cerpen bertajuk 'Keputusan' di halaman 152 - 158, dan cerpen bertajuk 'Maafkan Saya, Cikgu' di halaman 159 - 164.   




PERISA 9


JURNAL PUISI MELAYU PERISA 9, 2001, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Terdapat sebuah esei yang ditulis oleh Nassury Ibrahim dimuatkan dalam jurnal ini, iaitu esei berjudul 'Damai: Dari Realisme ke Simbolisme' di halaman 170 - 179.


PERISA 8

JURNAL PUISI MELAYU PERISA 8, 2000, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Terdapat tiga buah sajak Nassury Ibrahim dimuatkan dalam jurnal ini, iaitu sajak berjudul 'Lelaki Tanpa Kepala,' 'Kalau' dan sajak 'Memburu Kijang Kuasa' dimuatkan di halaman 230 - 231.




PERISA 6


JURNAL PUISI MELAYU PERISA 6, 1998, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Terdapat sebuah resensi buku ditulis oleh Nassury Ibrahim dimuatkan dalam jurnal ini, iaitu 'Puisi Panjang Untuk Mahathir: Potret Pemimpin dan Harapan Rakyat' dimuatkan di halaman 130.


Selasa, 5 April 2011

PERISA 5

 JURNAL PUISI MELAYU PERISA 5, terbitan tahun 1997, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Terdapat tiga buah karya Nassury Ibrahim dimuatkan dalam jurnal ini. Pertama, sebuah sajak berjudul 'Sebutir Pasir' dimuatkan di halaman 24. Kedua, sebuah esei kritikan bertajuk 'Gaya Anafora dalam Puisi' dimuatkan di halaman 71. Manakala ketiga, resensi buku berjudul 'Citra Wanita dalam 'Debu di Kaca' dimuatkan di halaman 113. Kumpulan sajak 'Debu di Kaca' karya Zahari Hasib.    

Ahad, 3 April 2011

PERISA 4

JURNAL PUISI MELAYU PERISA 4, 1996, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Terdapat dua buah sajak Nassury Ibrahim dimuatkan, iaitu sajak berjudul 'Makna Perjalanan' di halaman 94 dan sajak 'Dengan Sajak' (94). Manakala sebuah resensi buku sajak 99 Untuk Tuhanku karya Emha Ainun Nadjib dimuatkan di halaman 125 - 129 yang bertajuk '99 Untuk Tuhanku: Pasrah Seorang Insan.'




Sabtu, 19 Mac 2011

MEDAN PUISI

MEDAN PUISI merupakan sebuah antologi sajak para penyair dari Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, dan Thailand. Antologi sajak Pesta Penyair Indonesia diterbitkan sempena The 1st International Poetry Gathering yang berlangsung di Medan, Indonesia. Terdapat dua buah sajak Nassury Ibrahim dimuatkan dalam antologi terbitan Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Medan ini, iaitu sajak bertajuk 'Malam Teluk Makmur, Dumai' di halaman 250, dan sajak bertajuk 'Khidmat Negara' di halaman 251.

Selasa, 8 Februari 2011

RATIB 1000 SYAIR

RATIB 1000 SYAIR merupakan sebuah antologi sajak sempena acara Ratib 1000 Syair yang bermula pada jam 10.05 malam pada 2 November hingga 10.57 malam pada 3 November 2001, melibatkan 385 orang penyair mendeklamasikan 856 buah sajak tanpa henti. Dalam antologi ini memuatkan sajak-sajak yang dihasilkan oleh 274 orang penyair dari generasi lama dan baharu. Terdapat empat buah sajak Nassury Ibrahim dimuatkan, iaitu 'Cinta Allah' di halaman 525, 'Ketua di Rumah Kita' (526), 'Khalifah' (527) dan 'Politik' (528).