Selasa, 30 September 2014

Program Pembinaan Bakat Siswa 2014

Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat kajian terhadap karya Nassury Ibrahim dengan tajuk, "Analisis Pemikiran melalui Penerapan Teori  SPB4L dalam Kumpulan Puisi 'Gelodak Rasa.'  

Kajian berkenaan adalah bertujuan memenuhi Program Pembinaan Bakat Siswa 2014 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 

Program berlangsung di Hotel Midah (peringkat Saringan) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (peringkat Akhir) pada 27 - 29 Sept. 2014. Seramai lapan daripada 16 penyertaan berjaya ke peringkat akhir.

Khamis, 25 September 2014

Jawatankuasa Pena Sesi 2015 - 2016

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-51, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Nassury Ibrahim telah dicadangkan bertanding jawatan Naib Presiden (tetapi saya tolak), bertanding AJK (kalah, hanya mendapat 19 undi) dan berjaya dilantik sebagai Pemeriksa Kira-kira, bersama-sama Encik Razlan Mohd Noor.

Berita Pendidikan Guru Ogos 2004

BERITA PENDIDIKAN GURU bilangan 2 jilid 26 bulan Ogos 2004 memuatkan dua buah berita yang ditulis oleh Nassury Ibrahim. 

Berita-berita berkenaan terdapat di halaman 38, masing-masing berjudul 'Majlis Pameran Alat Bantu Mengajar dan Pelacaran Buku ceritaku MPTB,' dan 'Bengkel Penulisan Berita Anjuran JNS.'    

Rabu, 24 September 2014

Tuan Haji Abu Hassan Morad

Bersama kawan lama tak jumpa, penulis dan ahli perniagaan, 
Tuan Haji Abu Hassan Morad, di majlis Mesyuarat Agong PENA 
pada 20 September 2014.

Berita Pendidikan Guru Disember 2006

BERITA PENDIDIKAN GURU Bilangan 3 bagi bulan Disember 2006 memuatkan 10 buah berita yang ditulis oleh Nassury Ibrahim. Tajuk-tajuk berita yang dimuatkan di halaman lapan hingga 13 ialah 'Anugerah Kualiti IPTB 2006,' 'Yang Bersara yang Bertukar & yang Belajar,' 'Bengkel Penulisan Modul Pengurusan Gerko,' 'Kursus Tatabahasa Bahasa Melayu,' 'Pusat Informasi Dato' Dr. Hj. Ahamad Sipon,' 'Buku-Buku Pensyarah IPTB Dilancarkan,' 'Seminar Penyelidikan Pendidikan IPTB Kali Ke-3,' 'Seminar Penyelidikan BPG Peringkat Kebangsaan 2006,' 'Bertemu dengan Masyarakat Orang Asli,' dan 'Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa Warden.'  

Isnin, 22 September 2014

Bengkel Penulisan Puisi

Nassury Ibrahim bergambar kenangan sempena Bengkel Penulisan Puisi anjuran Angkatan Sasterawan Terengganu (PELITA) pada 1 - 3 Mei 1986 bertempat di Rumah PELITA, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu. Fasilitatornya ialah Sutung Umar RS

Berita Pendidikan Guru Disember 2004

BERITA PENDIDIKAN GURU Bilangan 3 Jilid 26 bagi bulan Disember 2004 memuatkan enam buah berita yang ditulis oleh Nassury Ibrahim menggunakan nama Maniyamin bin Haji Ibrahim. Berita-berita yang dimuatkan di halaman 30 - 33 itu adalah berkenaan aktiviti jabatan dan pelajar di IPG Kampus Tuanku Bainun. Tajuk enam berita tersebut ialah 'Di Sini Sungai Bermula,' 'Lokasi Jalan dan Bangunan,' 'Kursus Induksi Pedagogi Bestari dan Kursus Induksi Pensyarah Baru,' 'Pertahankan Anugerah Sijil MS ISO 9001:2000 - Pengarah BPG,' 'Majlis Konvokesyen Ke-10 MPTB,' dan 'Bicara Novel Salam Maria.'

Sabtu, 20 September 2014

Berita Pendidikan Guru, Ogos 2005

BERITA PENDIDIKAN GURU Bilangan 2 Jilid 28 Bulan Ogos 2005 memuatkan sebuah berita yang ditulis oleh Nassury Ibrahim, sewaktu berkhidmat di IPG Kampus Tuanku Bainun. 

Berita itu bertajuk Bengkel Penulisan Surat Rasmi, terdapat di halaman 9. 

Kesemua terdapat lima berita tentang IPG Kampus Tuanku Bainun. Tiga ditulis oleh Mohd Fuad Yusoff, dan sebuah lagi ditulis oleh Ravendra Cheliah.

Jumaat, 19 September 2014

Akar Bilangan 3

Majalah AKAR Bilangan 3 memuatkan dua buah sajak hasil karya Nassury Ibrahim. Kedua-dua buah karya itu dipetik daripada kumpulan sajak Di Rumah Wiramal terbitan Pustaka Nusa, tahun 2003. Dua sajak berkenaan masing-masing berjudul 'Di Rumah Fitnah' dan 'Di Rumah Ratu Adil.' Kedua-duanya termuat di halaman 20.