Khamis, 28 Ogos 2014

Biografi Penulis

Kertas tugasan ini bagi subjek BSU1013 Pengantar Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris bertajuk  Biografi Penulis Maniyamin Bin Ibrahim telah dihasilkan oleh Nik Dzulkefli Bin Haji Ibrahim (PKPG Pendidikan Seni). 

Saudara Nik Dzulkefli membicarakan aspek sumbangan Nassury Ibrahim serta menganalisis sajak-sajak dari aspek struktural. 

Kini, Saudara Nik Dzulkefli berkhidmat pensyarah Pendidikan Seni Visual di IPG Raja Melewar, Negeri Sembilan.  

Takah Lima Puluh

Antologi puisi TAKAH LIMA PULUH merupakan himpunan karya 72 orang ahli PENA. Buku setebal 196 halaman ini diterbitkan sebagai rakaman sempena 50 tahun usia PENA. Persatuan ini ditubuhkan pada 12 Februari 1961. Saya menjadi ahli PENA seumur hidup sekitar tahun 2011. Dalam antologi ini terdapat dua buah sajak Nassury Ibrahim berjudul Telah Lama Bahasaku di halaman 126, dan Pesan Sejarah di halaman 127. Buku yang diterbitkan pada tahun 2012 initelah diselenggarakan oleh Shamsudin Othman, Rahimidin Zahari, Mohamad Saleeh Rahamad, S.M. Zakir, dan Amiruddin Md. Ali Hanafiah.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Analisis Struktur Puisi Melayu

Kertas tugasan BBK5208 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM sesi pengajian Mei 2002/2003 bertajuk Nassury Ibrahim dan Rahimidin Zahari sebagai Penyair Tanah Air ditulis oleh Sulaiman Azari Bin A. Razak (GS09099). 

Kertas ini membicarakan sumbangan dan pemikiran Nassury Ibrahim dalam sajak-sajaknya, khususnya sajak-sajak dalam kumpulan Menimba Laut terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1996.

Khamis, 21 Ogos 2014

Majalah Ekonomi Rakyat

MAJALAH EKONOMI RAKYAT diterbitkan oleh Mohd Nor b. Ahmad beralamat di Penerbitan Norsham, 12A, Kompleks Suruhanjaya Pelabuhan (PPC), 12000 Batterworth, Pulau Pinang. Penglibatan saya, Nassury Ibrahim, sebagai pemberita sambilan dengan majalah ini sekitar tahun 1987. Setahu saya, Ahmad J Hussin juga jadi wartawan sambil di majalah ini. Tidak lama saya bersama-sama majalah ini kerana dalam bulan Jun saya melanjutkan pelajaran ke IPSI. Saya hanya sempat menulis sebilangan berita sahaja. Majalah inipun tidak bertahan lama. Malah, berita yang saya tulispun tidak dibayar hingga sekarang. Saya telah memberi sebuah kamera jenama Kodak berharga RM130 semata-mata untuk bekerja dengan majalah ini. Pada hari temu duga, saya telah memberi sebanyak 10 naskah Majalah ini sebagai sokongan dan promosi kepada rakan-rakan.

Majlis Komputer, Terengganu

Baca sajak anjuran KOMPUTER di bandar Kuala Terengganu, 
sekitar akhir 1980-an.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Teater 'Titian Maut'

Suatu masa dahulu, sekitar tahun 1984 - 1987 Nassury Ibrahim terlibat dalam Biro Teater dan Penulisan Puspa di bawah ketua, Encik Mohd Daud Molly. Kami sempat mementaskan teater di Pesta Teater Terengganu, Kampung Telipot, Hari Keputraan Sultan dan UKM. Gambar ini merakam persembahan teater berjudul Titian Maut karya Hassan Jali.  
 Sewaktu melanjutkan pelajaran di Institut Perguruan Sultan Idris (1907 - 1989) Nassury Ibrahim masih bergiat dalam teater. Namun, tidak lama kerana untuk maju, kita tidak boleh terlibat dalam banyak kegiatan. Maka, saya mulai mengurangkan aktiviti berteater dan menumpukan sepenuhnya terhadap penulisan sajak. Gambar-gambar ini adalah bukti bahawa Nassury Ibrahim pernah jadi pelakon.  

Jumaat, 8 Ogos 2014

Karya, Jun 1998

Ini majalah Karya keluaran bulan Jun 1998. Pengarang yang mengelola majalah ini ialah Wan Hamzah Awang (Wahba) dan Norzeha Kasbi. Terdapat sebuah sajak Nassury Ibrahim diterbitkan, iaitu sajak berjudul Telah Aku Masuk Rumah Sejarahmu. Sajak ini menceritakan kehadiran saya sebagai penghuni (pelajar) di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI/UPSI) tahun 1987 - 1989. Sepanjang belajar di sini, saya banyak menalaah, menghayati dan mengkagumi IPSI yang juga dikenali sebagai Ibu Kandung. Saya bangga menjadi pelajar IPSI dan sedaya-upaya menterjemahkan inspirasi IPSI. Namun, setelah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menaiktaraf IPSI kepada UPSI, maka IPSI dibubarkan. Ada sebilangan pensyarah (termasuk Pengetua) mencadangkan agar IPSI dikekalkan. Malangnya, mereka telah 'ditendang' keluar oleh Bahagian Pendidikan Guru/Kementerian Pelajaran. Anehnya, apabila Kolej Tunku Abdul Rahman dinaiktaraf sebagai universiti, kolej ini masih kekal. Malah, berkembang biak. 

Khamis, 7 Ogos 2014

Surat dari Kuala Lumpur

ANTOLOGI Surat dari Kuala Lumpur merupakan koleksi pemenang Hadiah Sastera Utusan - Publik Bank tahun 1989. Terdapat lima buah cerpen remaja yang ditulis oleh Dee bertajuk Adam, Zahari Afandi (Adik), Zahari Hasib (Selamat Tinggal Puduraya), Aishah Omar (Hantaran), dan Pena Mutiara (Surat dari Kuala Lumpur). Manakala dalam genre puisi pula ditulis oleh Ahmad Lajis (Ladang di Tepi Kota), Abdullah Tahir (Penjara Waktu), Nawawi Muhammad (Cerita dalam Sajak), Nassury Ibrahim (Pendekar), Sabar Bohari (Sungai Hayat), Wahid Kasran (Prolog Sang Kekasih), Ami Masra (Tanah), Najmi  (Sesungguhnya Demikian Itulah), Jamaludin D (Wayang), M. Said Harun (Keroncong Pelaut), Mahwa Muhammad (Rindu Semalam), Zahari Hasib (Sajak Kampung), Cheng Poh Hock (Kekayaan, dan Potret Sebuah Puisi), A.F. Yassin (Rhine di Satu Senja), Rosli Usman (Sajak Orang Berdosa), Lee Yong Kee (Lelaki Tua), Seow Siew Sing (Demonstrasi), dan Lim Kim Hui (Berapa Harga).

Rabu, 6 Ogos 2014

Karya, November 1997

Terdapat sebuah sajak Nassury Ibrahim yang disiarkan dalam majalah Karya terbitan Utusan Melayu. Sajak tersebut berjudul Lelaki Sejarah terdapat di halaman 41. Sajak ini dicipta sebagai mengenang tokoh penting negara, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. Pada saya, perjuangan Pak Sako tidak pernah diiktiraf secara sepatutnya oleh sesiapa sahaja. Beliau gagal jadi menteri, dan gagal diisytiharkan sebagai sasterawan negara. Ada usaha mengiktiraf jasanya dengan memberikan hadiah sebanyak RM30,001.00. Namun, usaha ini gagal dilaksanakan juga. Semuanya ada saya ceritakan dalam sajak ini.

Selasa, 5 Ogos 2014

Sayembara Puisi dan Lukisan



Angkatan Seniman Pahang telah menganjurkan Sayembara Menulis Puisi 1998 dan Peraduan Melukisan. Penyertaan sayembara adalah terbuka dengan syarat puisi yang ditulis adalah berkenaan negeri Pahang. Saya (Nassury Ibrahim) telah menyertai sayembara tersebut dan telah memenangi tempat ketiga dengan nilai hadiah sebanyak RM300. Puisi tersebut berjudul Pahang, Sebuah Catatan. Tempat pertama dimenangi oleh Nor Afliza Arshad (Menjunjung Martabat Pahang), kedua dimenangi oleh Khairul Bariah Mat Arup (Bumi Bertuah), hadiah penghargaan dimenangi oleh Subari bin Ahmad (Maju Pahang, Maju ...) dan Sahrudin Manas (Wilayah Bahaman). Majlis penyampaian hadiah dilaksanakan pada 14 September 1999 bertempat di Hotel Grand Continental, Pahang. Menteri Besar, DS Adnan Bin Yaakob telah menyampaikan hadiah. Beliau juga telah memberikan sumbangan sebanyak RM50 kepada setiap pemenang, termasuk saya.

MEMBACA 'ELIPSIS' DAN 'RAHIM HAYAT' MENERUSI KACA MATA PSIKOLOGI HARAPAN

MEMBACA ELIPSIS DAN RAHIM HAYAT MENERUSI KACA MATA PSIKOLOGI HARAPAN ialah kertas kerja yang ditulis oleh penyair Zaen Kasturi. Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Majlis Bicara Karya Wilayah Timur di Hotel Star Regency, Cameron Highland, pada 11 - 13 November 2008. Kumpulan sajak Elipsis merupakan karya Nassury Ibrahim, manakala kumpulan sajak Rahim Hayat merupakan karya Wikinula MS, penyair dari Terengganu.

Isnin, 4 Ogos 2014

Berita 'Bunga Pulau'

Berita ini ditulis berkenaan antologi sajak yang diterbitkan oleh Persatuan Penulis Tumpat (Pesisir), bertajuk Bunga Pulau. Pesisir merupakan antara badan penulis yang aktif di Kelantan sehingga hari ini.

Sabtu, 2 Ogos 2014

TERAS

Sepanjang hidupku, selain menjadi pengasas Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), aku (Nassury Ibrahim) juga terlibat dalam penubuhan Kumpulan Teater Remaja Pasir Puteh (TERAS). Saudara Yudin Mat menjadi Ketua 1, manakala Nassury Ibrahim menjadi Setiausaha 1. Tumpuan utama TERAS ialah teater dan tarian. Ramai remaja tempatan yang menjadi ahli dan menggerakkan TERAS.