Rabu, 17 Disember 2014

Majalah Akar Bi. 1 Mei-Ogos 2000

Majalah Akar bilangan 1 bagi bulan Mei-Ogos tahun 2000 diterbitkan oleh Pustaka Nusa Sdn. Bhd. Majalah setebal 72 halaman ini memuatkan ruangan sajak, cerpen, dan pelbagai jenis esei - esei sastera antarabangsa, tanggapan, bicara tokoh, esei budaya, teater, muzik dan sebagainya. 

Penyumbangnya terdiri daripada penulis/sasterawan veteran dan penulis baharu, termasuk sasterawan negara.

Turut dimuatkan dalam Ruangan Esei Tradisional ialah sebuah esei Nassury Ibrahim yang bertajuk "Nilai-Nilai Sosio-Budaya dalam Puisi."