Menyimpan dan merakam karya-karya Nassury Ibrahim untuk rujukan pengkaji. Adalah diharapkan kepada semua pengkaji agar dapat memberikan satu salinan kepada saya sebagai simpanan dan rujukan. E-melkan ke alamat nassuryibrahim@gmail.com
Selasa, 4 Oktober 2011
ANTOLOGI KARYA SASTERAWAN 2005
SEMPENA Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005 di Pontian, Johor, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah menerbitkan sebuah antologi karya penulis muda yang dinamakan AntologiKarya Sasterawan 2005. Antologi ini diselenggarakan oleh S.M. Zakir, Shamsudin Othman, Ariff Mohamad, dan Muhammad Lufti Ishak, memuatkan cerpen, sajak dan fragmen novel. Terdapat tujuh buah sajak karya Nassury Ibrahim dimuatkan, iaitu sajak 'Tangan' di halaman 577, 'Tangan 1' (578), 'Maka Berkatalah Orang akan Laku Datuk Temenggung Itu' (578 - 579), 'Lelaki di Rumah Ratu Adil' (579 - 580, 'Kepala' (580 - 581), 'Kepala 2' (581), dan 'Kepala 3' (582).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan