Menyimpan dan merakam karya-karya Nassury Ibrahim untuk rujukan pengkaji. Adalah diharapkan kepada semua pengkaji agar dapat memberikan satu salinan kepada saya sebagai simpanan dan rujukan. E-melkan ke alamat nassuryibrahim@gmail.com
Rabu, 31 Disember 2014
Rabu, 17 Disember 2014
Majalah Akar Bi. 1 Mei-Ogos 2000

Penyumbangnya terdiri daripada penulis/sasterawan veteran dan penulis baharu, termasuk sasterawan negara.
Turut dimuatkan dalam Ruangan Esei Tradisional ialah sebuah esei Nassury Ibrahim yang bertajuk "Nilai-Nilai Sosio-Budaya dalam Puisi."
Jumaat, 10 Oktober 2014
Perkampungan Penulis Pelajar IPG Zon Tengah
Dalam PERKAMPUNG PENULIS PELAJAR IPG ini, aku terlibat secara tidak langsung. Pada 1 Oktober, aku dipanggil oleh Pengarah IPGKBM dan Datuk A. Latiff Bakar, meminta aku menyumbang kepakaran pada slot pukul 8 - 10 malam (2 Oktober) dan slot pukul 8 - 10 pagi (3 Oktober).
Slot malam, aku membentangkan ciri-ciri penulis berjaya dan teaori menulis sajak menggunakan Teknik Perulangan. Teknik ini hasil kajian aku terhadap sajak-sajak sedia ada. Telah tiga tempat aku bentangkan teknik ini. Pertama, di Kota Bharu (anjuran Puspa), kedua di Tawau, dan ini yang ketiga.
Slot sebelah pagi aku praktis menulis sajak menggunakan Teknik Kosa Kata. Konsep teknik ini pernah digunakan oleh Sutung Umar RS (tanpa dijenamakan). Aku minta peserta menghasilkan sajak menggunakan dua teknik tersebut.
Di samping itu, aku juga mengaplikasikan menulis sajak menggunakan Teknik Sambung Idea. Konsep teknik ini juga pernah diaplikasikan (juga tanpa dijenamakan) oleh Awang Abdullah.
Alhamdulillah, aku mendapat hasil yang memberangsangkan. Semoga akan lahir suatu masa nanti para penulis bekas pelajar IPG yang mengikuti slot Nassury Ibrahim tersebut.
Rabu, 8 Oktober 2014
Jendela Timur, Disember 2009
Sajak di halaman 24 berjudul Kembang Bunga. Berikut diperturunkan sepenuhnya sajak berkenaan.
KEMBANG BUNGA
Kembang bunga akan
layu dan akhirnya mati
di tangkai masa
namun wanginya tetap
harum dan mekar
di tanah jasa.
27 September 2009.
Selasa, 7 Oktober 2014
Jendela Timur, April 2011
JENDELA TIMUR bilangan 32 bulan April 2011 memuatkan sebuah rencana berita yang ditulis oleh Nassury Ibrahim menggunakan nama Maniyamin Ibrahim.
Rencana berita itu bertajuk "Diskusi Karya Wilayah Timur" dimuatkan di halaman pertama dan halaman 21.
'Diskusi yang dilaksanakan di IPG Kampus Kota Bharu (IPGKKB) adalah anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kelab Bahasa Melayu IPGKKB (Kebayu).
Diskusi yang diadakan pada 6 Mac 2011 membincangkan kumpulan cerpen Merpati Menari di Padang Embun karya Zanazanzaly, dan kumpulan drama Awal Tengah Akhir karya Wan Ahmad Ismail.
Penceramahnya ialah Dr. Fatimah Busu (mantan pensyarah USM) dan Encik Muhammad Nazri Ahmad (UKM), dipengerusikan oleh Encik Maniyamin Bin Ibrahim.
Jumaat, 3 Oktober 2014
Jendela Timur, Disember 2008
JENDELA TIMUR bilangan 24, bulan Disember 2008 (Zulhijah 1429H) diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Timur. Editornya, Basirah Arifin.
Terdapat sebuah berita rencana yang ditulis oleh Nassury Ibrahim di halaman 12 - 13. Tajuknya, Diskusi Karya Penulis Timur, menggunakan nama Maniyamin Bin Haji Ibrahim.
Diskusi tersebut telah membedah empat buah kumpulan sajak dari Pantai Timur Semenanjung, iaitu kumpulan sajak Rahim Hayat oleh Wikunila MS, Di Ruang Ini (Sahrunizam Abdul Talib), Elipsis (Nassury Ibrahim), dan Kepada Angin Juga (Marsli N.O).
Diskusi tersebut telah dilaksanakan di Hotel Regency, Brinchang, Cameron Highlands pada 11 - 13 November 2008. Ahli panelnya ialah Zaen Kasturi.
Selasa, 30 September 2014
Program Pembinaan Bakat Siswa 2014
Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat kajian terhadap karya Nassury Ibrahim dengan tajuk, "Analisis Pemikiran melalui Penerapan Teori SPB4L dalam Kumpulan Puisi 'Gelodak Rasa.'
Kajian berkenaan adalah bertujuan memenuhi Program Pembinaan Bakat Siswa 2014 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Program berlangsung di Hotel Midah (peringkat Saringan) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (peringkat Akhir) pada 27 - 29 Sept. 2014. Seramai lapan daripada 16 penyertaan berjaya ke peringkat akhir.
Khamis, 25 September 2014
Jawatankuasa Pena Sesi 2015 - 2016
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-51, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Nassury Ibrahim telah dicadangkan bertanding jawatan Naib Presiden (tetapi saya tolak), bertanding AJK (kalah, hanya mendapat 19 undi) dan berjaya dilantik sebagai Pemeriksa Kira-kira, bersama-sama Encik Razlan Mohd Noor.
Berita Pendidikan Guru Ogos 2004
BERITA PENDIDIKAN GURU bilangan 2 jilid 26 bulan Ogos 2004 memuatkan dua buah berita yang ditulis oleh Nassury Ibrahim.
Berita-berita berkenaan terdapat di halaman 38, masing-masing berjudul 'Majlis Pameran Alat Bantu Mengajar dan Pelacaran Buku ceritaku MPTB,' dan 'Bengkel Penulisan Berita Anjuran JNS.'
Rabu, 24 September 2014
Tuan Haji Abu Hassan Morad
Bersama kawan lama tak jumpa, penulis dan ahli perniagaan,
Tuan Haji Abu Hassan Morad, di majlis Mesyuarat Agong PENA
pada 20 September 2014.
Berita Pendidikan Guru Disember 2006
BERITA PENDIDIKAN GURU Bilangan 3 bagi bulan Disember 2006 memuatkan 10 buah berita yang ditulis oleh Nassury Ibrahim. Tajuk-tajuk berita yang dimuatkan di halaman lapan hingga 13 ialah 'Anugerah Kualiti IPTB 2006,' 'Yang Bersara yang Bertukar & yang Belajar,' 'Bengkel Penulisan Modul Pengurusan Gerko,' 'Kursus Tatabahasa Bahasa Melayu,' 'Pusat Informasi Dato' Dr. Hj. Ahamad Sipon,' 'Buku-Buku Pensyarah IPTB Dilancarkan,' 'Seminar Penyelidikan Pendidikan IPTB Kali Ke-3,' 'Seminar Penyelidikan BPG Peringkat Kebangsaan 2006,' 'Bertemu dengan Masyarakat Orang Asli,' dan 'Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa Warden.'
Isnin, 22 September 2014
Bengkel Penulisan Puisi
Nassury Ibrahim bergambar kenangan sempena Bengkel Penulisan Puisi anjuran Angkatan Sasterawan Terengganu (PELITA) pada 1 - 3 Mei 1986 bertempat di Rumah PELITA, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu. Fasilitatornya ialah Sutung Umar RS
Berita Pendidikan Guru Disember 2004
BERITA PENDIDIKAN GURU Bilangan 3 Jilid 26 bagi bulan Disember 2004 memuatkan enam buah berita yang ditulis oleh Nassury Ibrahim menggunakan nama Maniyamin bin Haji Ibrahim. Berita-berita yang dimuatkan di halaman 30 - 33 itu adalah berkenaan aktiviti jabatan dan pelajar di IPG Kampus Tuanku Bainun. Tajuk enam berita tersebut ialah 'Di Sini Sungai Bermula,' 'Lokasi Jalan dan Bangunan,' 'Kursus Induksi Pedagogi Bestari dan Kursus Induksi Pensyarah Baru,' 'Pertahankan Anugerah Sijil MS ISO 9001:2000 - Pengarah BPG,' 'Majlis Konvokesyen Ke-10 MPTB,' dan 'Bicara Novel Salam Maria.'
Sabtu, 20 September 2014
Berita Pendidikan Guru, Ogos 2005
BERITA PENDIDIKAN GURU Bilangan 2 Jilid 28 Bulan Ogos 2005 memuatkan sebuah berita yang ditulis oleh Nassury Ibrahim, sewaktu berkhidmat di IPG Kampus Tuanku Bainun.
Berita itu bertajuk Bengkel Penulisan Surat Rasmi, terdapat di halaman 9.
Kesemua terdapat lima berita tentang IPG Kampus Tuanku Bainun. Tiga ditulis oleh Mohd Fuad Yusoff, dan sebuah lagi ditulis oleh Ravendra Cheliah.
Jumaat, 19 September 2014
Akar Bilangan 3
Majalah AKAR Bilangan 3 memuatkan dua buah sajak hasil karya Nassury Ibrahim. Kedua-dua buah karya itu dipetik daripada kumpulan sajak Di Rumah Wiramal terbitan Pustaka Nusa, tahun 2003. Dua sajak berkenaan masing-masing berjudul 'Di Rumah Fitnah' dan 'Di Rumah Ratu Adil.' Kedua-duanya termuat di halaman 20.
Isnin, 8 September 2014
Rabu, 3 September 2014
Isnin, 1 September 2014
Khamis, 28 Ogos 2014
Biografi Penulis
Kertas tugasan ini bagi subjek BSU1013 Pengantar Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris bertajuk Biografi Penulis Maniyamin Bin Ibrahim telah dihasilkan oleh Nik Dzulkefli Bin Haji Ibrahim (PKPG Pendidikan Seni).
Saudara Nik Dzulkefli membicarakan aspek sumbangan Nassury Ibrahim serta menganalisis sajak-sajak dari aspek struktural.
Kini, Saudara Nik Dzulkefli berkhidmat pensyarah Pendidikan Seni Visual di IPG Raja Melewar, Negeri Sembilan.
Saudara Nik Dzulkefli membicarakan aspek sumbangan Nassury Ibrahim serta menganalisis sajak-sajak dari aspek struktural.
Kini, Saudara Nik Dzulkefli berkhidmat pensyarah Pendidikan Seni Visual di IPG Raja Melewar, Negeri Sembilan.
Takah Lima Puluh
Antologi puisi TAKAH LIMA PULUH merupakan himpunan karya 72 orang ahli PENA. Buku setebal 196 halaman ini diterbitkan sebagai rakaman sempena 50 tahun usia PENA. Persatuan ini ditubuhkan pada 12 Februari 1961. Saya menjadi ahli PENA seumur hidup sekitar tahun 2011. Dalam antologi ini terdapat dua buah sajak Nassury Ibrahim berjudul Telah Lama Bahasaku di halaman 126, dan Pesan Sejarah di halaman 127. Buku yang diterbitkan pada tahun 2012 initelah diselenggarakan oleh Shamsudin Othman, Rahimidin Zahari, Mohamad Saleeh Rahamad, S.M. Zakir, dan Amiruddin Md. Ali Hanafiah.
Jumaat, 22 Ogos 2014
Analisis Struktur Puisi Melayu
Kertas tugasan BBK5208 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM sesi pengajian Mei 2002/2003 bertajuk Nassury Ibrahim dan Rahimidin Zahari sebagai Penyair Tanah Air ditulis oleh Sulaiman Azari Bin A. Razak (GS09099).
Kertas ini membicarakan sumbangan dan pemikiran Nassury Ibrahim dalam sajak-sajaknya, khususnya sajak-sajak dalam kumpulan Menimba Laut terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1996.
Kertas ini membicarakan sumbangan dan pemikiran Nassury Ibrahim dalam sajak-sajaknya, khususnya sajak-sajak dalam kumpulan Menimba Laut terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1996.
Khamis, 21 Ogos 2014
Majalah Ekonomi Rakyat
MAJALAH EKONOMI RAKYAT diterbitkan oleh Mohd Nor b. Ahmad beralamat di Penerbitan Norsham, 12A, Kompleks Suruhanjaya Pelabuhan (PPC), 12000 Batterworth, Pulau Pinang. Penglibatan saya, Nassury Ibrahim, sebagai pemberita sambilan dengan majalah ini sekitar tahun 1987. Setahu saya, Ahmad J Hussin juga jadi wartawan sambil di majalah ini. Tidak lama saya bersama-sama majalah ini kerana dalam bulan Jun saya melanjutkan pelajaran ke IPSI. Saya hanya sempat menulis sebilangan berita sahaja. Majalah inipun tidak bertahan lama. Malah, berita yang saya tulispun tidak dibayar hingga sekarang. Saya telah memberi sebuah kamera jenama Kodak berharga RM130 semata-mata untuk bekerja dengan majalah ini. Pada hari temu duga, saya telah memberi sebanyak 10 naskah Majalah ini sebagai sokongan dan promosi kepada rakan-rakan.
Sabtu, 9 Ogos 2014
Teater 'Titian Maut'


Sewaktu melanjutkan pelajaran di Institut Perguruan Sultan Idris (1907 - 1989) Nassury Ibrahim masih bergiat dalam teater. Namun, tidak lama kerana untuk maju, kita tidak boleh terlibat dalam banyak kegiatan. Maka, saya mulai mengurangkan aktiviti berteater dan menumpukan sepenuhnya terhadap penulisan sajak. Gambar-gambar ini adalah bukti bahawa Nassury Ibrahim pernah jadi pelakon.
Jumaat, 8 Ogos 2014
Karya, Jun 1998
Ini majalah Karya keluaran bulan Jun 1998. Pengarang yang mengelola majalah ini ialah Wan Hamzah Awang (Wahba) dan Norzeha Kasbi. Terdapat sebuah sajak Nassury Ibrahim diterbitkan, iaitu sajak berjudul Telah Aku Masuk Rumah Sejarahmu. Sajak ini menceritakan kehadiran saya sebagai penghuni (pelajar) di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI/UPSI) tahun 1987 - 1989. Sepanjang belajar di sini, saya banyak menalaah, menghayati dan mengkagumi IPSI yang juga dikenali sebagai Ibu Kandung. Saya bangga menjadi pelajar IPSI dan sedaya-upaya menterjemahkan inspirasi IPSI. Namun, setelah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menaiktaraf IPSI kepada UPSI, maka IPSI dibubarkan. Ada sebilangan pensyarah (termasuk Pengetua) mencadangkan agar IPSI dikekalkan. Malangnya, mereka telah 'ditendang' keluar oleh Bahagian Pendidikan Guru/Kementerian Pelajaran. Anehnya, apabila Kolej Tunku Abdul Rahman dinaiktaraf sebagai universiti, kolej ini masih kekal. Malah, berkembang biak.
Khamis, 7 Ogos 2014
Surat dari Kuala Lumpur
ANTOLOGI Surat dari Kuala Lumpur merupakan koleksi pemenang Hadiah Sastera Utusan - Publik Bank tahun 1989. Terdapat lima buah cerpen remaja yang ditulis oleh Dee bertajuk Adam, Zahari Afandi (Adik), Zahari Hasib (Selamat Tinggal Puduraya), Aishah Omar (Hantaran), dan Pena Mutiara (Surat dari Kuala Lumpur). Manakala dalam genre puisi pula ditulis oleh Ahmad Lajis (Ladang di Tepi Kota), Abdullah Tahir (Penjara Waktu), Nawawi Muhammad (Cerita dalam Sajak), Nassury Ibrahim (Pendekar), Sabar Bohari (Sungai Hayat), Wahid Kasran (Prolog Sang Kekasih), Ami Masra (Tanah), Najmi (Sesungguhnya Demikian Itulah), Jamaludin D (Wayang), M. Said Harun (Keroncong Pelaut), Mahwa Muhammad (Rindu Semalam), Zahari Hasib (Sajak Kampung), Cheng Poh Hock (Kekayaan, dan Potret Sebuah Puisi), A.F. Yassin (Rhine di Satu Senja), Rosli Usman (Sajak Orang Berdosa), Lee Yong Kee (Lelaki Tua), Seow Siew Sing (Demonstrasi), dan Lim Kim Hui (Berapa Harga).
Rabu, 6 Ogos 2014
Karya, November 1997
Terdapat sebuah sajak Nassury Ibrahim yang disiarkan dalam majalah Karya terbitan Utusan Melayu. Sajak tersebut berjudul Lelaki Sejarah terdapat di halaman 41. Sajak ini dicipta sebagai mengenang tokoh penting negara, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. Pada saya, perjuangan Pak Sako tidak pernah diiktiraf secara sepatutnya oleh sesiapa sahaja. Beliau gagal jadi menteri, dan gagal diisytiharkan sebagai sasterawan negara. Ada usaha mengiktiraf jasanya dengan memberikan hadiah sebanyak RM30,001.00. Namun, usaha ini gagal dilaksanakan juga. Semuanya ada saya ceritakan dalam sajak ini.
Selasa, 5 Ogos 2014
Sayembara Puisi dan Lukisan

Angkatan Seniman Pahang telah menganjurkan Sayembara Menulis Puisi 1998 dan Peraduan Melukisan. Penyertaan sayembara adalah terbuka dengan syarat puisi yang ditulis adalah berkenaan negeri Pahang. Saya (Nassury Ibrahim) telah menyertai sayembara tersebut dan telah memenangi tempat ketiga dengan nilai hadiah sebanyak RM300. Puisi tersebut berjudul Pahang, Sebuah Catatan. Tempat pertama dimenangi oleh Nor Afliza Arshad (Menjunjung Martabat Pahang), kedua dimenangi oleh Khairul Bariah Mat Arup (Bumi Bertuah), hadiah penghargaan dimenangi oleh Subari bin Ahmad (Maju Pahang, Maju ...) dan Sahrudin Manas (Wilayah Bahaman). Majlis penyampaian hadiah dilaksanakan pada 14 September 1999 bertempat di Hotel Grand Continental, Pahang. Menteri Besar, DS Adnan Bin Yaakob telah menyampaikan hadiah. Beliau juga telah memberikan sumbangan sebanyak RM50 kepada setiap pemenang, termasuk saya.
MEMBACA 'ELIPSIS' DAN 'RAHIM HAYAT' MENERUSI KACA MATA PSIKOLOGI HARAPAN
MEMBACA ELIPSIS DAN RAHIM HAYAT MENERUSI KACA MATA PSIKOLOGI HARAPAN ialah kertas kerja yang ditulis oleh penyair Zaen Kasturi. Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Majlis Bicara Karya Wilayah Timur di Hotel Star Regency, Cameron Highland, pada 11 - 13 November 2008. Kumpulan sajak Elipsis merupakan karya Nassury Ibrahim, manakala kumpulan sajak Rahim Hayat merupakan karya Wikinula MS, penyair dari Terengganu.
Isnin, 4 Ogos 2014
Berita 'Bunga Pulau'
Berita ini ditulis berkenaan antologi sajak yang diterbitkan oleh Persatuan Penulis Tumpat (Pesisir), bertajuk Bunga Pulau. Pesisir merupakan antara badan penulis yang aktif di Kelantan sehingga hari ini.
Sabtu, 2 Ogos 2014
TERAS
Sepanjang hidupku, selain menjadi pengasas Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), aku (Nassury Ibrahim) juga terlibat dalam penubuhan Kumpulan Teater Remaja Pasir Puteh (TERAS). Saudara Yudin Mat menjadi Ketua 1, manakala Nassury Ibrahim menjadi Setiausaha 1. Tumpuan utama TERAS ialah teater dan tarian. Ramai remaja tempatan yang menjadi ahli dan menggerakkan TERAS.
Rabu, 23 Julai 2014
Berita Gapri
Ini berita tentang kegiatan hujung tahun Gapri, sebuah persatuan penulis peringkat sekolah di bawah bimbingan Saudara Awang Abdullah. Gapri bergiat aktif di peringkat kebangsaan dan melahirkan ramai penulis yang berjaya mencipta nama di peringkat kebangsaan. Antaranya, Tuan Faridah Syed Abdullah yang menghasilkan novel Seteguh Karang, Rozaman Ismail (wartawan di akhbar Utusan Melayu), Nassury Ibrahim, dan lain-lain.
Isnin, 21 Julai 2014
Berita Belia 4B
Ini antara koleksi berita yang aku tulis dan masih tersimpan. Berita ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar Kelantan bulan Ogos 1985. Dibayar sebanyak RM20.00. Belia 4B Kampung Telipot pernah menjemput kami, Biro Teater, PUSPA membuat pementasan. Drama yang kami pentaskan bertajuk Titian Maut karya Hassan Jali.
Sabtu, 19 Julai 2014
Kertas Kajian BBM331 Penulisan Kreatif
Ini merupakan hasil tugasan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) peringkat bachelor, bagi subjek BBM331 Penulisan Kreatif. Kajian ini dihasilkan pada Ogos 1997 oleh Ab. Malek Jusuh kad metrik bernombor 43322, Muhammad Asri Husin (44296), Ahmad Latfi Ahmad Nordin (44758), dan Kula Haji Mamit (44817). Tajuk kajian ialah Tokoh Kreatif Encik Maniyamin Ibrahim (Nassury Ibrahim) di bawah seliaan Tuan Haji Abd. Rahim Marasidi. Terima kasih banyak kepada keempat-empat pelajar dengan harapan semoga anda sekalian memperoleh sesuatu yang berguna hasil daripada kajian itu. Terima kasih juga kerana memilih karya saya untuk dikaji.
Isnin, 14 Julai 2014
KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR merupakan sebuah antologi sajak dan cerpen yang memenangi Hadiah Puisi dan Cerpen DBKL - DBP tahun 1991. Pertandingan ini dianjurkan sempena Perayaan 100 Tahun Kuala Lumpur Menjadi Penguasa Tempatan (1890 - 1990). Pentandingan ini mensyaratkan lima buah puisi sebagai satu penyertaan. Penyair yang memenangi pertandingan dan puisinya terdapat dalam buku setebal 257 halaman ini ialah Ahmad Sarju, Lim Swee Tin, Saadin Abdullah, Mohd. Azlan Sulong, Zaen Kasturi, Imlan Adabi, Md. Salleh Mahyat, Maznan Noordin, Nassury Ibrahim, dan Rodziah Ahmad. Dalam kategori cerpen pula ialah S.M. Zakir, Saroja Theavy, Ghazali Ngah Azia, Abu Hassan Morad, Mohamad Saleeh Rahamad, Azmah Nordin, Siow Siew Sing, Eh Deng Eh Chik, Osman Dol, Daeng Ramliakil, Norhisham Mustaffa dan Siti Aisah Murad. Terdapat 10 buah sajak Nassury Ibrahim dalam buku yang dilancarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nordin Razak, iaitu Mei di halaman 56, Seorang Lelaki yang Berdiri di Kaki Batu Itu (57), Kuala Lumpur ii (59), Kuala Lumpur iii (61), DBKL (62), Taman Kami (69), Catatan buat Orang Silam (70), Sekeping Potret Kuala Lumpur buat Seorang Teman yang Jauh (72), Sewaktu Aku Melintasi Hutan Pudu Suatu Malam (73) dan Surat buat Mama (74).
Sabtu, 12 Julai 2014
KUNTUMAN CINTA
KUNTUMAN CINTA (KC) merupakan sebuah kumpulan puisi dan catatan karya Muhammad Abdulloh Suradi, dari Sandakan, Sabah. KC memuatkan 16 buah puisi berunsur keislaman dan 23 buah catatan perihal keislamanan. Pada pengamatan saya terhadap puisi-puisi dalam KC, Muhammad Abdulloh Suradi merupakan aset besar dalam bidang kesusasteraan, khususnya puisi. Puisi-puisinya terasa kelancaran dan kewacanaannya. KC setebal 75 halaman dan diterbitkan pada tahun 2014 ini terdapat satu tulisan Nassury Ibrahim sebagai kata pengantar, yang diberikan judul: Ulasan Puisi daripada Penyair: Cinta dan Seru Cinta dalam Kumpulan Puisi Kuntuman Cinta.
Khamis, 10 Julai 2014
NYALA API DALAM DADA
NYALA API DALAM DADA merupakan sebuah antologi sajak diselenggarakan oleh Baha Zain dan Mohamad Saleeh Rahamad dan diterbitkan oleh ITBM pada tahun 2014. Antologi ini khusus memuatkan sajak-sajak yang membicarakan tentang bahasa Melayu dari perspektif para penyair generasi lama dan baharu. Antologi ini juga ada kaitan dengan projek PPSMI oleh Dr. Mahathir Mohamed. Dua sajak Nassury Ibrahim dimuatkan dalam antologi ini, iaitu sajak berjudul Seloka Nasib Melayu (versi asal, bukannya versi Dewan Sastera) halaman 103, dan sajak Bahasa Jambatan Minda di halaman 104. Selamat membaca dan mengkajinya.
Rabu, 25 Jun 2014
KAJIAN PUISI OLEH ZAHARA BINTI ZULKIFLY
PUISI-PUISI NASSURY IBRAHIM: SATU ANALISIS STILISTIK DARI SUDUT GAYA BAHASA ialah sebuah tugasan bagi kertas BBK5202 Program Master Sastera di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kertas kajian oleh Zahara Binti Zulkifly ini di bawah seliaan Encik Kamaruzzaman A. Kadir (Dharmawijaya - seorang penyair tersohor tanah air). Puan Zahara mengkaji aspek gaya bahasa dalam 51 buah puisi Nassury Ibrahim, iaitu puisi-puisi yang dihasilkan sekitar tahun 1990 hingga 2000.
Selasa, 24 Jun 2014
MAJLIS SEJENAK BERSAMA SASTERAWAN DAN PENYAIR
SEMPENA Festival Sastera Perpaduan Malaysia tahun 2003 anjuran Gapena dan Kerajaan Negeri Sabah dilaksanakan satu majlis dialog yang dinamakan Majlis Sejenak Bersama Sasterawan dan Penyair Festival Sastera Perpaduan Malaysia Tahun 2003. Majlis dialog itu dilaksanakan di SMK Putatan Penampang, Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada 23 Ogos 2003 pukul 8.00 - 11.00 pagi. Nassury Ibrahim telah dijemput sebagai ahli panel dalam majlis berkenaan, bersama-sama dengan Tuan Sharif Putera dan Haji Mokhtar Yassin.
Isnin, 23 Jun 2014
MAKALAH KRITIKAN DRS MOHAMAD DAUD MOHAMAD
Ahad, 22 Jun 2014
PANDUAN PENULISAN KAJIAN TINDAKAN
Jumaat, 20 Jun 2014
MALAY LITERATURE
Khamis, 19 Jun 2014
ELIPSIS
Rabu, 18 Jun 2014
TIFA ii
TIFA ii ialah sebuah antologi sajak yang diterbitkan oleh Gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan (GEMA) pada tahun 1986. Penerbitan antologi ini adalah sempena Malam Apresiasi Puisi Ramadan anjuran GEMA dan berlangsung di Dewan Majlis Belia Kelantan pada 3 Mei 1986 atau bersamaan 24 Saaban 1406 Hijrah. Antologi sajak yang telah diselenggarakan oleh Rosli K. Matari dan reka bentuk kulit oleh Azmi Taib memuatkan 36 buah sajak berunsur Islam yang dihasilkan oleh 30 orang penyair, khususnya dari Kelantan. Salah seorang daripada mereka ialah Nassury Ibrahim yang menyumbangkan sajak berjudul 'Peta' di halaman 25.
Isnin, 16 Jun 2014
BERSAMA FAJAR MUHARRAM
Langgan:
Catatan (Atom)