Menyimpan dan merakam karya-karya Nassury Ibrahim untuk rujukan pengkaji. Adalah diharapkan kepada semua pengkaji agar dapat memberikan satu salinan kepada saya sebagai simpanan dan rujukan. E-melkan ke alamat nassuryibrahim@gmail.com
JURNAL PUISI MELAYU PERISA 5, terbitan tahun 1997, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Terdapat tiga buah karya Nassury Ibrahim dimuatkan dalam jurnal ini. Pertama, sebuah sajak berjudul 'Sebutir Pasir' dimuatkan di halaman 24. Kedua, sebuah
esei kritikan bertajuk 'Gaya Anafora dalam Puisi' dimuatkan
di halaman 71. Manakala ketiga, resensi buku berjudul 'Citra Wanita dalam 'Debu di Kaca' dimuatkan di halaman 113. Kumpulan sajak 'Debu di Kaca' karya Zahari Hasib.
JURNAL PUISI MELAYU PERISA 4, 1996, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Terdapat dua buah sajak Nassury Ibrahim dimuatkan, iaitu sajak berjudul 'Makna Perjalanan' di halaman 94 dan sajak 'Dengan Sajak' (94). Manakala sebuah resensi buku sajak 99 Untuk Tuhanku karya Emha Ainun Nadjib dimuatkan di halaman 125 - 129 yang bertajuk '99 Untuk Tuhanku: Pasrah Seorang Insan.'