Antologi Puisi Malaysia - Thailand ini memuatkan 60 buah puisi yang dihasilkan oleh penyair dari Malaysia dan Thailand.
Puisi-puisinya sekitar tema "Kemanusiaan dan Ketuhanan."
Antologi setebal 243 + 1vii halaman ini diterbitkan dalam dwibahasa - bahasa Melayu dan bahasa Thai. Diterbitkan oleh ITBM dengan kerjasama PENA dan The Writers' Association of Thailand pada tahun 2016.
Antologi ini memuatkan sebuah sajak Nassury Ibrahim yang berjudul "Manifesto Rakyat" telah diselenggarakan oleh Saifullizan Yahaya (Malaysia) dan Abdul Razak Panaemalae (Thailand).
MANIFESTO RAKYATBahawa engkau kami lantik,kata bapak,dari visi dan janjibukan untuk menakutkan kami,kata bapak,atau untuk kami takutidari hutan kemiskinan ini,kata bapak, tunjukkan jalanke rumah kejayaandari laut kegelapan ini,kata bapak, tunjukkan pedomanke Pulau Impianbahawa engkau kami beri kejayaan,kata bapak, berikan kamikebahagiaan.15 November 2005
Tiada ulasan:
Catat Ulasan