WARNA KEMESRAAN merupakan sebuah kumpulan sajak yang dihasilkan oleh penulis-penulis yang bermastautin di Terengganu, dan diterbitkan oleh Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) tahun 1986. Antologi ini diselenggarakan oleh Sharif Putera dan Moharani Tanusi. Terdapat dua bahagian, iaitu bahagian SATU memuatkan sajak-sajak yang dihasilkan oleh penyair Terengganu yang sudah mantap, manakala bahagiaan DUA memuatkan sajak-sajak dihasilkan oleh penulis muda yang sedang digilap bakatnya. Sajak Nassury Ibrahim termuat dalam bahagian DUA, iaitu berjudul 'Keris atau Seorang Raja Purba' di halaman 51, dan sajak 'Duka Pelaut Timur' (halaman 52).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan