Menyimpan dan merakam karya-karya Nassury Ibrahim untuk rujukan pengkaji. Adalah diharapkan kepada semua pengkaji agar dapat memberikan satu salinan kepada saya sebagai simpanan dan rujukan. E-melkan ke alamat nassuryibrahim@gmail.com
Sabtu, 14 Jun 2014
ANGKATAN 21
Jumaat, 13 Jun 2014
ANTOLOGI ANTI-PERANG LAKARAN DAN PUISI
ANTOLOGI ANTI-PERANG LAKARAN DAN PUISI ialah sebuah antologi sajak dan sketsa para penyair dan seniman Malaysia. Antologi ini diselenggarakan oleh Raja Ahmad Aminullah pada tahun 2003 dan diterbitkan oleh Yayasan Kesenian Perak. Penerbitannya adalah sebagai rakaman peristiwa peperangan, khususnya yang berlaku di tanah Arab seperti Iraq dan Palestin, misalnya. Antologi ini memuatkan rakaman perasaan para penyair yang diselang-selikan dengan sketsa. Terdapat dua buah sajak Nassury Ibrahim dimuatkan dalam antologi ini, iaitu sajak berjudul 'The King of Syaitan' terdapat di halaman 52, dan sajak 'Perang' terdapat di halaman 53.
Khamis, 12 Jun 2014
Pengembaraan Sastera Bermula di Sekolah
CETERA 94
CETERA 94 ialah sebuah antologi sajak yang telah diselenggarakan oleh A. Ghani Abdullah, Azmi Yusoff, dan Naapie Mat. Antologi terbitan Kelab Sastera DBP yang pertama ini memuatkan 100 buah sajak hasil karya 94 orang penyair yang menjadi ahli Kelab Sastera DBP. Mereka berada di serata tempat di Malaysia dan aktif sekitar tahun 1990-an. Daripada 94 orang penyair itu, sebuah sajak Nassury Ibrahim turut dimuatkan dalam antologi ini. Sajak tersebut berjudul 'Di Dalam Gumpalan Cat Lukisannya' dimuatkan di halaman 75.
Selasa, 10 Jun 2014
MASIH ADAKAH KASIH UNTUKKU
Isnin, 9 Jun 2014
KOLEKSI PUISI PERHIMPUNAN PENYAIR MUDA MALAYSIA '87
Ahad, 8 Jun 2014
SUNGAI KERTAPANG
Selasa, 3 Jun 2014
GELODAK RASA
Isnin, 2 Jun 2014
CIKGU SHAHNON DI MATA KAMI
Rabu, 28 Mei 2014
MENUNGGU ESOK TIBA
SUARA KITA: ANTOLOGI SERIBU SAJAK MERDEKA
ANTOLOGI SAJAK Suara Kita terbitan tahun 2013 merupakan antologi sajak paling tebal di Malaysia. Antologi ini dibahagikan kepada tujuh segmen berdasarkan kategori penyumbang, iaitu Segmen A: Tokoh Negara memuatkan tujuh buah sajak oleh lima orang penyumbang; Segmen B: Agamawan (11:3); Segmen c: Ahli politik (4:4); Segmen D: Anak Merdeka (6:5); Segmen E: Sasterawan/Penulis/Wartawan (396:142); Segmen F: Penyair dari Seberang (11:9); Segmen G: Mahasiswa/pelajar (278:201); Segmen H: Pegawai Kerajaan/pesara (229:126); Segmen I: Saudagar/ahli korporat (12:05); dan Segmen J: Petani/suri rumah/pekerja (46:19). Keseluruhan sajak berjumlah 1,000 buah. Sajak Nassury Ibrahim berjudul 'Sayangi Bahasa' di halaman 367, 'Seloka Nasib Melayu' (368), 'Seloka Tentang Fiil yang Merugikan' (369); 'Setelah Sekian Tahun Merdeka' (370 - 372).
Jumaat, 16 Mei 2014
SEGUGUS PASRAH BUATMU MH370
Antologi Puisi Segugus Pasrah Buatmu MH370, terbitan Bookdigital tahun 2014, merupakan himpunan 99 rasa para penyair dan rakyat Malaysia terhadap tragedi misteri kehilangan kapal terbang MAS, MH370 yang sehingga kini tidak dijumpai. Tragedi yang sangat misteri dan menyayat hati ini mendapat liputan seluruh negara, sekali gus memperlihatkan kerjasama erat 26 negara dengan Malaysia. Dalam antologi ini terdapat sebuah sajak yang ditulis oleh Nassury Ibrahim berjudul MH370 MAS. Sajak ini berusaha menghayati perasaan ahli keluarga para penumpang dalam kapal tersebut.
Selasa, 3 Julai 2012
PENGAKUAN PENYAIR
PENGAKUAN PENYAIR merupakan antologi esei yang membicarakan proses kreatif 34 orang penyair Malaysia dari generasi lama dan baharu dan mempunyai pelbagai latar pendidikan dan pengalaman. Antologi esei ini diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) pada tahun 2012. Salah satu esei proses kepenyairan ditulis oleh Nassury Ibrahim berjudul 'Perjalanan di Dunia Kreatif: Mencari Kelainan' terdapat di halaman 155 - 162.
Selasa, 26 Jun 2012
DARI JENDELA ZAMAN INI
TANAH PENUH IHSAN
Khamis, 14 Jun 2012
PARADIGMA JILID 1
SELAGI OMBAK MENGEJAR PANTAI 7
Sabtu, 8 Oktober 2011
SESEKALI MUSIM BERLALU
Rabu, 5 Oktober 2011
FRAGMEN
FRAGMEN ialah antologi terbitan
Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.
Antologi ini diselenggarakan oleh Awang Abdullah dan diterbitkan pada tahun 1989. Sebagaimana biasa,
antologi ini juga terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian i - memuatkan
sajak-sajak pemenang Peraduan Menulis Puisi Gapri, Bahagian ii
memuatkan sajak-sajak ahli Gapri lama dan baharu, dan Bahagian iii
memuatkan sajak-sajak penyair jemputan. Selain sajak, antologi ini juga
dihiasi sketsa oleh Awang Abdullah. Sajak Nassury Ibrahim berjudul
'Pendekar' terdapat di halaman 17.
KEHADIRAN
KEHADIRAN ialah antologi terbitan
Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.
Antologi ini diselenggarakan oleh Awang Abdullah dan diterbitkan pada tahun 1988. Sebagaimana biasa,
antologi ini juga terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian i - memuatkan
sajak-sajak pemenang Peraduan Menulis Puisi Gapri, Bahagian ii
memuatkan sajak-sajak ahli Gapri lama dan baharu, dan Bahagian iii
memuatkan sajak-sajak penyair jemputan. Selain sajak, antologi ini juga turut memuatkan gambar-gambar aktiviti Gapri sepanjang tahun 1987 dan 1988. Sajak Nassury Ibrahim berjudul
'Ini SITC - ii' terdapat di halaman 14.
DALAM DIRI
SELAMAT PAGI CIKGU
POTRET BANGSA
KUALA - ii
KUALA - ii ialah antologi sajak terbitan Gabungan Penyair Remaja Intan (Gapri), SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun. Antologi cetakan tahun 1984 ini diselenggarakan oleh Awang Abdullah, memuatkan 32 buah sajak yang dihasilkan oleh 28 orang penyair Gapri, dan 24 buah sajak yang dihasilkan oleh 24 orang penyair jemputan. Antara penyair jemputan ialah Lim Swee Tin, Lee Keok Chih, Izanee Daud, Azmi Taib, Napie Mat, Teo Huat, Swanlerd Pro Poul, Ismail Abd. Wahab dan lain-lain. Sebuah sajak Nassury Ibrahim berjudul 'Pengembaraan - i' dimuatkan di halaman 14.
KUALA 1983
SASTERA DAN MANUSIA
MAJAPAHIT MENYERANG SINGAPURA
TRUTH GLOBALIZE
Selasa, 4 Oktober 2011
PUISI NOMBOR 9
IDEALISME PENULIS MUDA
CITRA TAKMILAH
Buku Nassury Ibrahim terbitan Karisma Publications tahun 2005 ini mengemukakan satu pendekatan alternatif yang dinamakan Pendekatan Citra Takmilah (untuk melihat aspek keislaman sesebuah karya) atau Pendekatan Citra Manusia. Pendekatan Citra Takmilah adalah hasil gabungan idea tentang citra dengan Teori Takmilah yang dikemukakan oleh Shafie Abu Bakar. Ada lima aspek citra manusia yang saya sarankan sebagai bahan kajian, iaitu aspek citra manusia dengan Tuhan, citra manusia dengan manusia, citra manusia dengan alam, citra manusia dengan dirinya sendiri, dan citra manusia dengan seni sastera.
ANTOLOGI KARYA SASTERAWAN 2005
CERITAKU (MY STORY)
P - S (19)
CERMIN
SHAHAROM HUSAIN GAPURA SASTERA JOHOR
WIRA KEMERDEKAAN
PERISA 9
PERISA 8
PERISA 6
Selasa, 5 April 2011
PERISA 5
Ahad, 3 April 2011
PERISA 4
Sabtu, 19 Mac 2011
MEDAN PUISI
Selasa, 8 Februari 2011
RATIB 1000 SYAIR
RATIB 1000 SYAIR merupakan sebuah antologi sajak sempena acara Ratib 1000 Syair yang bermula pada jam 10.05 malam pada 2 November hingga 10.57 malam pada 3 November 2001, melibatkan 385 orang penyair mendeklamasikan 856 buah sajak tanpa henti. Dalam antologi ini memuatkan sajak-sajak yang dihasilkan oleh 274 orang penyair dari generasi lama dan baharu. Terdapat empat buah sajak Nassury Ibrahim dimuatkan, iaitu 'Cinta Allah' di halaman 525, 'Ketua di Rumah Kita' (526), 'Khalifah' (527) dan 'Politik' (528). Khamis, 29 April 2010
KOMPILASI ESEI PERTANIAN
Khamis, 21 Januari 2010
MAJALAH CEMPAKA
Isnin, 18 Januari 2010
HADIAH SASTERA UTUSAN-PUBLIK BANK 1989
Langgan:
Catatan (Atom)
