Rabu, 23 Julai 2014

Berita Gapri

Ini berita tentang kegiatan hujung tahun Gapri, sebuah persatuan penulis peringkat sekolah di bawah bimbingan Saudara Awang Abdullah. Gapri bergiat aktif di peringkat kebangsaan dan melahirkan ramai penulis yang berjaya mencipta nama di peringkat kebangsaan. Antaranya, Tuan Faridah Syed Abdullah yang menghasilkan novel Seteguh Karang, Rozaman Ismail (wartawan di akhbar Utusan Melayu), Nassury Ibrahim, dan lain-lain.

Isnin, 21 Julai 2014

Berita Belia 4B

Ini antara koleksi berita yang aku tulis dan masih tersimpan. Berita ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar Kelantan bulan Ogos 1985. Dibayar sebanyak RM20.00. Belia 4B Kampung Telipot pernah menjemput kami, Biro Teater, PUSPA membuat pementasan. Drama yang kami pentaskan bertajuk Titian Maut karya Hassan Jali.

Sabtu, 19 Julai 2014

Kertas Kajian BBM331 Penulisan Kreatif

Ini merupakan hasil tugasan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) peringkat bachelor, bagi subjek BBM331 Penulisan Kreatif. Kajian ini dihasilkan pada Ogos 1997 oleh Ab. Malek Jusuh kad metrik bernombor 43322, Muhammad Asri Husin (44296), Ahmad Latfi Ahmad Nordin (44758), dan Kula Haji Mamit (44817). Tajuk kajian ialah Tokoh Kreatif Encik Maniyamin Ibrahim (Nassury Ibrahim) di bawah seliaan Tuan Haji Abd. Rahim Marasidi. Terima kasih banyak kepada keempat-empat pelajar dengan harapan semoga anda sekalian memperoleh sesuatu yang berguna hasil daripada kajian itu. Terima kasih juga kerana memilih karya saya untuk dikaji.     

Isnin, 14 Julai 2014

KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR merupakan sebuah antologi sajak dan cerpen yang memenangi Hadiah Puisi dan Cerpen DBKL - DBP tahun 1991. Pertandingan ini dianjurkan sempena Perayaan 100 Tahun Kuala Lumpur Menjadi Penguasa Tempatan (1890 - 1990). Pentandingan ini mensyaratkan lima buah puisi sebagai satu penyertaan. Penyair yang memenangi pertandingan dan puisinya terdapat dalam buku setebal 257 halaman ini ialah Ahmad Sarju, Lim Swee Tin, Saadin Abdullah, Mohd. Azlan Sulong, Zaen Kasturi, Imlan Adabi, Md. Salleh Mahyat, Maznan Noordin, Nassury Ibrahim, dan Rodziah Ahmad. Dalam kategori cerpen pula ialah S.M. Zakir, Saroja Theavy, Ghazali Ngah Azia, Abu Hassan Morad, Mohamad Saleeh Rahamad, Azmah Nordin, Siow Siew Sing, Eh Deng Eh Chik, Osman Dol, Daeng Ramliakil, Norhisham Mustaffa dan Siti Aisah Murad. Terdapat 10 buah sajak Nassury Ibrahim dalam buku yang dilancarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nordin Razak, iaitu Mei di halaman 56, Seorang Lelaki yang Berdiri di Kaki Batu Itu (57), Kuala Lumpur ii (59), Kuala Lumpur iii (61), DBKL (62), Taman Kami (69), Catatan buat Orang Silam (70), Sekeping Potret Kuala Lumpur buat Seorang Teman yang Jauh (72), Sewaktu Aku Melintasi Hutan Pudu Suatu Malam (73) dan Surat buat Mama (74).

Sabtu, 12 Julai 2014

KUNTUMAN CINTA

KUNTUMAN CINTA (KC) merupakan sebuah kumpulan puisi dan catatan karya Muhammad Abdulloh Suradi, dari Sandakan, Sabah. KC memuatkan 16 buah puisi berunsur keislaman dan 23 buah catatan perihal keislamanan. Pada pengamatan saya terhadap puisi-puisi dalam KC, Muhammad Abdulloh Suradi merupakan aset besar dalam bidang kesusasteraan, khususnya puisi. Puisi-puisinya terasa kelancaran dan kewacanaannya. KC setebal 75 halaman dan diterbitkan pada tahun 2014 ini terdapat satu tulisan Nassury Ibrahim sebagai kata pengantar, yang diberikan judul: Ulasan Puisi daripada Penyair: Cinta dan Seru Cinta dalam Kumpulan Puisi Kuntuman Cinta.

Khamis, 10 Julai 2014

NYALA API DALAM DADA

NYALA API DALAM DADA merupakan sebuah antologi sajak diselenggarakan oleh Baha Zain dan Mohamad Saleeh Rahamad dan diterbitkan oleh ITBM pada tahun 2014. Antologi ini khusus memuatkan sajak-sajak yang membicarakan tentang bahasa Melayu dari perspektif para penyair generasi lama dan baharu. Antologi ini juga ada kaitan dengan projek PPSMI oleh Dr. Mahathir Mohamed. Dua sajak Nassury Ibrahim dimuatkan dalam antologi ini, iaitu sajak berjudul Seloka Nasib Melayu (versi asal, bukannya versi Dewan Sastera) halaman 103, dan sajak Bahasa Jambatan Minda di halaman 104. Selamat membaca dan mengkajinya.